Tuesday, January 20, 2015

Nak Tempah Perabot Tengok Sini Dulu


Nak tempah perabot? Tengok sini dulu...

Assalamu'alaikum semua pembaca blog Perabot Anda,  semoga anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.  Hari dah mula panas selepas musim hujan yang teruk yang membawa tragedi banjir besar di Kelantan, Perak dan di beberapa negeri lagi.

Tragedi banjir besar yang tak pernah berlaku sebelum ini akan menjadi sejarah yang sangat mengesankan jiwa agar kita lebih dekat kepadaNya.

Okeylah kehidupan harus diteruskan, yang susah kita bantu dan seterusnya...

Kali ini kami ingin "menghidangkan kepada anda contoh-contoh terkini Perabot Anda.  Dunia semakin moden rekacipta dan bahan-bahan untuk membuat perabot juga semakin canggih dan memberikan kesempurnaan dalam menghias rumah walau pun di bahagian dapur.

Suasa dapur yang cantik, kemas dan terbina dari bahan-bahan yang berkualiti memberikan impak yang positif dalam menjalani kehidupan.


Dalam proses pembikinan, projek di Taman Mkland Kampung Gajah Perak, menggunakan pintu Plywood Nyatoh dan menggunakan biding nyatoh.




Kabinet berbentuk L, menggunakan pintu 3g glassatau 3 demensi glass berwarna kelabu.  Permukaan yang berkilat sangat kemas dan cantik.  Berkualiti tinggi dan tahan lama.




Wardrobe ini merupakan projek di Lorong Menteri Kampung Bahagia Teluk Intan.  Menggunakan Pintu Plywood Nyatoh, mempunyai pelbagai aras pada bahagian dalamnya, mengikut kehendak pelanggan.

Sangat kemas dan teliti buatannya, bersaiz besar dari lantai hingga ke siling. Jika anda beli terus siap dari kilang anda tidak akan dapat saiz yang begini yang mengikut kesesuaian tinggi rumah anda.



Cantik dan elegant!! warna yang agak gelap memberikamn kontras pada warna dinding dan lantai.

Agak berbeza dengan yang sebelum ini, menggunakan kemasan Milamine ini adalah projek di Batu 19 Jalan Tapah Cameron Highlands.

Bukan hanya pinggan mangkuk sahaja boleh menggunakan Milamine, tetapi kabinet rumah anda juga!




Kitchen kabinet menggunakan pintu Nyatoh solid ini menjadi milik seorang pelanggan di Taman Botani Ipoh






Satu lagi projek menggunakan 3 dimensi glass bewarna merah.  Sungguh menceriakan, warna merah melambangkan keberanian.

Whatsapp : 012-6658195 atau 014-6028710